Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang bersedia meneliti bentuk bantuan yang bersesuaian kepada keluarga dua pendaki dari negeri itu yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Langtang Valley, Nepal, Rabu lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan termasuk menghubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di Pejabat Daerah Jawi yang mana dua pendaki berkenaan berkhidmat sebagai jurutera di jabatan berkenaan.

“Selepas ini kita akan cuba mendapatkan maklumat dan akan berhubung dengan ICU Pulau Pinang untuk melihat bagaimana kita boleh bantu,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, ahli keluarga dan rakan kepada tiga pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet, Rabu lalu masih menaruh harapan agar mereka ditemukan selamat.

Dua daripada pendaki itu ialah Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, berasal dari Gelugor dan Muhammad Zaki Othman, 29, dilaporkan dari Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Terdahulu, seramai 25,000 pengunjung membanjiri perkarangan Padang Kota Lama seawal 7.30 pagi bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2026 yang melibatkan 125 kontinjen dan 9,152 peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan, agensi negeri dan Persekutuan, badan berkanun, anak syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kontinjen kenderaan pula melibatkan 29 pasukan bersama 676 kenderaan dan paling menarik perhatian adalah pameran aset dan jentera berat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan