Projek baik pulih PPRMS RM15,000 beri keselesaan buat penduduk Mukah

MUKAH – Derita yang ditanggung beberapa keluarga yang menetap di kediaman uzur kini berakhir selepas peruntukan bernilai RM15,000 disalurkan bagi kerja-kerja baik pulih di bawah Program Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) Fasa 1/2026.

Bagi memastikan kerja pembaikan tersebut dilaksanakan secara berkualiti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke lokasi projek yang telah siap di sekitar kawasan DUN berkenaan pada Rabu.

Royston berkata, setiap penerima projek PPRMS bagi fasa kali ini disalurkan peruntukan sebanyak RM15,000 seorang bagi memulihkan struktur kediaman yang memerlukan pembaikan segera. 

Beliau menyifatkan lawatan pemantauan tersebut amat penting bagi memastikan setiap kerja baik pulih yang dijalankan oleh kontraktor dilantik benar-benar menepati spesifikasi dan perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pelaksana.

“Semoga dengan peruntukan ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima serta mengurangkan kerisauan mereka terhadap aspek keselamatan terutamanya melibatkan keadaan lantai rumah yang uzur dan boleh membahayakan penghuni,” katanya selepas meluangkan masa melawat rumah penerima bantuan iaitu Noriah Arbi di Kampung Tellian serta Zainab Kadri di Kampung Penakub Hilir.

Dalam pada itu, Royston turut menzahirkan rasa berpuas hati dengan mutu kerja yang ditunjukkan oleh pihak kontraktor iaitu Farizam Enterprise dan Syarikat Laman Umi yang berjaya menyempurnakan projek berkenaan mengikut jadual. 

Menurut beliau, bantuan PPRMS merupakan inisiatif berterusan pihak kerajaan dalam memastikan golongan yang memerlukan dapat mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa.

Selain membuat pemeriksaan fizikal pada struktur rumah yang telah siap, beliau turut mengambil peluang untuk meninjau keadaan kediaman berdekatan serta beramah mesra bersama penduduk setempat. 

Sesi turun padang itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendengar sendiri pandangan dan keperluan semasa komuniti kampung bagi memastikan perancangan pembangunan akan datang terus memberi impak positif secara langsung kepada rakyat.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India