Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi prosiding permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH.

Lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli politik dan bekas penjawat awam berkenaan yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren dilihat tenang ketika dibawa masuk ke mahkamah dengan diiringi pegawai suruhanjaya.

Terdahulu, kedua-dua individu terbabit ditahan SPRM, pada Rabu bagi membantu siasatan susulan isu dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Sumber SPRM ketika dihubungi memaklumkan, mereka telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada tengah hari semalam bagi membantu siasatan sebelum ditahan kira-kira jam 4 petang.

Malah, sumber mendedahkan akan ada pimpinan UMNO lain yang akan didakwa oleh SPRM yang dijangka akan ditahan pada Jumaat.

Sebelum ini, melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari sehingga 27 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.

Ahli korporat itu juga dilihat hadir semula di mahkamah oleh SPRM bagi mendapatkan perintah sambungan reman.

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang