PRN Melaka belum ada keputusan, serah kepada kepimpinan PH

PUTRAJAYA – Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum ada sebarang keputusan dibuat oleh pimpinan parti.

Beliau yang tidak terlibat secara langsung dalam perkara berkenaan turut menyerahkan perbincangan mengenai PRN Melaka kepada pimpinan parti masing-masing.

“Banyak perkara ini belum ada keputusan dan saya sendiri tidak terlibat. Agak sukar untuk beri komen selain daripada apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nyatakan,” katanya ketika ditanya media mengenai hasil perbincangan dalam sidang media pada Rabu.

Fahmi berkata, beliau percaya setiap parti mempunyai garis masa dan perancangan tersendiri bagi mengadakan perbincangan berkaitan PRN berkenaan.

“Bagi pelbagai pihak, parti masing-masing ada timeline perbincangan. Bagi Pakatan Harapan (PH), boleh rujuk (Datuk Seri) Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya,” katanya.

Sementara itu, mengulas persiapan liputan bagi acara berskala besar di Sepang, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan penganjur serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan kesesakan rangkaian dapat dikurangkan.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan pengguna dapat menikmati capaian telekomunikasi yang baik ketika acara berlangsung.

“Langkah persiapan acara berskala besar, MCMC akan bekerjasama dengan penganjur dan penyedia telco untuk memasang kelengkapan bagi mengurangkan congestion apabila pengguna ramai,” katanya.

Menurutnya, persiapan masih di peringkat perancangan dan beliau belum menerima maklumat terperinci berhubung perkembangan terkini.

“Kita masih ada enam minggu sebelum acara. Kemungkinan (ada), besar tengok kawasan,” katanya.

Related Posts

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan