DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.

Dua penganjur terlibat dalam menjayakan konsert terbabit iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Perbankan CIMB dengan membawa artis dan pengiat seni masing-masing.

DBKL dengan slogan ‘Jom raikan semangat kemerdekaan bersama-sama’ menerusi  persembahan istimewa yang menghimpunkan artis serta penggiat seni dan budaya.

“Konsert Ambang Merdeka 2026 (DBKL) bermula jam 8.00 malam antara yang bakal menghiburkan anda ialah Datuk Zainal Abidin, Adira Suhaimi, Mimi Fly dan Anggerek.

“Turut sama, Emma Suhaimi, Kidd Santhe, DannynKoo, Hussain dan Zubir Khan bersamabPemuzik Kombo Budaya DBKL, Artis BudayabDBKL serta rakan-rakan seni,” katanya menerusi Facebook DBKL, hari ini.

Selain itu, menurut DBKL, Konsert Kita Bagi Jadin@ Ambang Merdeka 2026 anjuran (CIMB) berlangsung jam 10 malam.

“CIMB turut menampilkan artis seperti Aina Abdul, Aman Ra, Asmidar, Haziq Rosebi, Izen Kong, Mimifly, Nadia Aqilah dan Pasya bersama Kisah Bawah Tanah serta Cedric & Bob,” ujarnya.

Tambahnya, konsert Ambang Merdeka di Dataran Merdekan melibatkan dua persembahan, satu pentas dan satu  semangat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan!

“Ayuh hadir ke Dataran Merdeka dan nikmati malam penuh muzik, seni dan budaya bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM