Tiada pesawat Bombardier APMM telibat dalam operasi pemadaman kebakaran di Indonesia

PUTRAJAYA – Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan bahawa tiada pesawat Bombardier CL-415MP milik agensi itu yang sedang diatur gerak atau melaksanakan operasi pemadaman kebakaran di Indonesia ketika ini.

Sebaliknya, pengoperasian aset udara berkenaan ketika ini ditumpukan kepada penugasan dan pemantauan keselamatan perairan negara.

APMM dalam kenyataan memaklumkan, hasil semakan mendapati rakaman yang sedang tular dan dikaitkan dengan operasi pemadaman kebakaran di Sumatera tersebut merupakan rakaman lama.

“Rakaman yang memaparkan penglibatan pesawat Bombardier CL-415MP Maritim Malaysia dalam misi bantuan pemadaman kebakaran hutan di Sumatera pada tahun 2015.

“APMM mengambil maklum laporan media serta rakaman yang sedang tular berkaitan pesawat Bombardier CL-415MP milik Maritim Malaysia yang didakwa terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah di Sumatera, Indonesia,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, menurut APMM, sebarang laporan atau perkongsian yang memberikan gambaran bahawa pesawat Bombardier CL-415MP Maritim Malaysia sedang melaksanakan operasi water bombing di Sumatera pada masa ini adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Maritim Malaysia menghargai perhatian serta keprihatinan pihak media dan masyarakat terhadap keupayaan aset Agensi.

“Dalam masa yang sama, semua pihak disaran agar menyemak kesahihan, tarikh dan konteks sesuatu rakaman sebelum disiarkan atau dikongsikan bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat,” katanya.

Tambahnya, Maritim Malaysia akan memaklumkan sebarang penugasan atau pengaturan gerak aset Agensi bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan atau pengurusan bencana di luar negara melalui saluran rasmi, sekiranya berkenaan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan