Ada keperluan pengecualian cukai untuk semua jenis kapal dilaksana

PUTRAJAYA – Terdapat kewajaran untuk pengecualian cukai di bawah Seksyen 54A Akta Cukai Pendapatan 1967 dipertimbangkan diperluas kepada semua jenis kapal yang didaftarkan, dimiliki atau dikendalikan syarikat perkapalan Malaysia.

Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) memaklumkan, penjajaran dasar percukaian dengan kerangka perundangan baharu itu penting bagi mengelakkan ketidaksamarataan layanan antara subsektor perkapalan.

“Pengecualian berkenaan perlu merangkumi kapal perdagangan, kapal sokongan luar pesisir, kapal tunda, kapal keruk dan kapal lain yang menyokong rantaian nilai maritim negara.

“Langkah ini juga dapat menggalakkan pelaburan semula dalam aset kapal dan mewujudkan ekosistem maritim yang lebih kompetitif, mampan serta kondusif kepada pelaburan jangka panjang,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu memaklumkan, pelaksanaan Akta A1551 yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 September nanti merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kerangka perundangan maritim negara.

MASA berkata, akta ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan reformasi sektor maritim, memperkemas tadbir urus pendaftaran kapal dan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang progresif serta berwibawa.

“Akta A1551 dijangka membawa manfaat yang signifikan kepada ekosistem perkapalan negara melalui persekitaran kawal selia yang lebih jelas dan teratur. Pembaharuan ini penting untuk menyokong pertumbuhan sektor perkapalan Malaysia serta mengukuhkan keyakinan terhadap industri maritim negara.

“Seiring dengan pelaksanaan Akta A1551, MASA berharap usaha penambahbaikan dasar yang menyokong pertumbuhan armada perkapalan negara dapat diteruskan, termasuk penelitian semula terhadap insentif percukaian berkaitan sektor perkapalan,” katanya.

Related Posts

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media