IP Malaysia kekal positif, catat pertumbuhan 114.8 mata pada Jun

PUTRAJAYA – Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan momentum positif dengan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.3 peratus pada Jun 2026, mencapai 114.8 mata berbanding 113.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, pertumbuhan IP itu didorong terutamanya oleh lonjakan ketara dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (35.1 peratus) serta prestasi stabil import benar semi konduktor (14.2 peratus).

Menurut agensi tersebut, senario terbabit selari dengan pengukuhan aktiviti perdagangan Malaysia, khususnya permintaan yang berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E).

“Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan diimbangi oleh penurunan dalam beberapa komponen terutamanya Bilangan Syarikat Baru Didaftar.

“Pada asas bulanan, IP turut mencatatkan peningkatan marginal 0.02 peratus, disumbangkan oleh import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (0.8 peratus),” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Melihat kepada jangkaan masa hadapan, DOSM berkata, arah aliran jangka panjang terlicin IP kekal di bawah 100 mata.

“Namun begitu, ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan serta aktiviti pelaburan yang terus meningkat.

“Pada masa yang sama, landskap ekonomi global yang semakin dinamik serta pemulihan dalam perdagangan antarabangsa dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

DOSM berkata, bagi prestasi ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) menunjukkan pengukuhan sebanyak 2.6 peratus tahun ke tahun dengan 131.6 mata.

“Peningkatan ini disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam semua komponen, terutamanya Nilai Caruman Benar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (16 peratus) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (4.1 peratus).

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, IS turut meningkat sebanyak 0.3 peratus, yang disumbangkan oleh peningkatan dalam Kapasiti Penggunaan dalam Pembuatan (0.2 peratus),” katanya.

Related Posts

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM