Letupan bom, tangguh dahulu perjalanan ke Selatan Thailand

KOTA BHARU – Rakyat Malaysia disarankan agar menangguhkan dahulu perjalanan ke Selatan Thailand susulan 51 insiden keganasan termasuk letupan bom berlaku secara serentak membabitkan wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam pada malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, saranan itu perlu diberi perhatian serius berikutan keadaan keselamatan di Selatan Thailand yang masih tidak menentu dan insiden keganasan dilaporkan berlaku hampir setiap hari.

Katanya, pendirian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan kekal seperti kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri.

“Kita tidak halang, namun perlu berhati-hati jika masuk ke sana. Malam tadi, saya ada bersama kumpulan Ducati Malaysia (motosikal) yang tiba di Kelantan dan mahu masuk ke Thailand hari ini.

“Saya nasihatkan mereka untuk tidak masuk ke Hatyai kerana ada 51 kejadian (letupan) yang berlaku di Selatan Thailand malam tadi,” pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pelupusan Barangan Kes Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Kelantan di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, Selatan Thailand kembali bergegar apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam pada malam tadi.

Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan