Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

PUTRAJAYA – Hampir 1,000 jemaah menghadiri program Malaysia Berselawat sempena sambutan Maulidurrasul dan Hari Kebangsaan di Kompleks Nasyrul Quran di sini, malam tadi.

Program anjuran Yayasan Restu Nasyrul Quran dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut menampilkan beberapa tokoh ulama dunia, sekali gus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Antara tokoh ulama yang hadir ialah Sheikh Qurra’ Dunia Al-Fadhil Al-‘Allamah Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma‘sarawi; Al-Fadhil Al-‘Allamah Al-Muhaddith Sheikh Dr Mustafa An-Nadwi Al-Hasani dan Maulana Al-Fadhil Al-Da‘iyah Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kehadiran ulama dalam dan luar negara pada program berkenaan mencerminkan usaha mewujudkan sinergi dalam memperkukuh hubungan sesama umat Islam.

“Kita bukan sahaja meraikan ulama dari luar negara dan seluruh dunia tetapi juga meraikan ulama dalam negara termasuk alim ulama, guru-guru pondok dan barisan profesor.

“Kita berpandangan perlu untuk mewujudkan sinergi antara ulama dari luar negara dan ulama tempatan. Namun, mesej utama yang ingin kita ketengahkan adalah tentang adab, akhlak, kasih sayang dan rahmah,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Kehadiran begitu ramai jemaah turut dilihat sebagai gambaran bahawa masyarakat Malaysia terus dahagakan program keagamaan yang dapat menyuburkan iman serta memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Suasana majlis berlangsung dalam penuh harmoni dengan laungan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW oleh para hadirin.

Program dimulakan dengan doa khatam al-Quran, perarakan, bacaan Ratib al-Haddad dan solat Maghrib berjemaah, sebelum diteruskan dengan Qasidah al-Burdah bersama kumpulan nasyid Soutul Amin.

Majlis kemudian diisi dengan tausiyah khas oleh Sheikh Dr Mustafa An-Nadwi Al-Hasani, selain munajat dan doa kesejahteraan untuk Malaysia serta kemerdekaan Palestin.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan