59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

KUALA LUMPUR – Kerja penurapan semula bagi menaik taraf 59 kilometer jalan protokol dan utama di Kuala Lumpur dilaksanakan pada waktu malam bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna jalan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kerja berkenaan dijalankan antara jam 10 malam hingga 5 pagi bagi memastikan aliran trafik pada waktu siang tidak terjejas.

Beliau berkata, data trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan hampir tiga juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap hari, dengan jumlah melebihi satu juta kenderaan pada waktu puncak pagi sahaja.

“Notis akan diberikan tiga hari lebih awal melalui saluran DBKL, Waze, Google Maps, radio dan papan tanda elektronik,” katanya ketika meninjau kerja penurapan semula berkenaan malam tadi.

Beliau yang turut berkongsi perkembangan sama di Facebook berkata, fasa pertama melibatkan lima projek bernilai RM61.64 juta dengan tempoh pelaksanaan selama 24 minggu bagi setiap projek.

Lima lokasi terbabit ialah Lebuhraya Sultan Iskandar dari Jalan Damansara hingga Jalan Istana; Bulatan Syed Putra hingga Mid Valley Megamall bagi kedua-dua arah; Jalan Sultan Ismail dari susur Jalan Kuching hingga Jalan Imbi serta Jalan Ampang dari susur Intermark hingga Jalan Raja Chulan.

Turut terlibat ialah susur masuk lebuh raya berhadapan Lapangan Terbang Lama bagi kedua-dua arah serta susur masuk Lebuhraya SPE hingga Pintu Gerbang bagi kedua-dua arah.

Sementara itu, fasa kedua membabitkan tiga projek yang dijangka bermula September ini dan turut mempunyai tempoh pelaksanaan selama 24 minggu.

Projek berkenaan meliputi Bulatan Batu Caves hingga Simpang Jalan Sultan Ismail melalui Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu; Bulatan Kampung Pandan hingga Menara PJD melalui Jalan Tun Razak serta Pintu Gerbang hingga sempadan Kuala Lumpur-Selangor melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Program berkenaan merupakan antara usaha meningkatkan kualiti dan keselamatan infrastruktur jalan raya di ibu negara, selain memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India