Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

JELI – Dua keluarga di Jeli menerima manfaat menerusi inisiatif Rumah Kasih Ihsan yang dilaksanakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan bagi membantu golongan memerlukan mendapatkan kediaman lebih selamat dan selesa.

Pengarah ICU JPM Kelantan, Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail menyampaikan bantuan berkenaan menerusi penyerahan Rumah Kasih Ihsan kepada penerima di jajahan berkenaan.

Bagi penerima pertama, Yusof Mohammad Nawawi dari Kampung Renyut, Surat Setuju Terima (SST) pembinaan rumah diserahkan bagi menggantikan kediaman sedia ada yang memerlukan penambahbaikan.

Pembinaan rumah baharu itu bertujuan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat kepada penerima.

Sementara itu, rumah milik Shamsul Bahri Che Musa telah siap dibina dan diserahkan kepada penerima.

Selain bantuan kediaman, kedua-dua penerima turut menerima sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mereka.

“Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan bukan hanya tertumpu kepada kemajuan fizikal, sebaliknya turut memberi manfaat secara langsung kepada kesejahteraan rakyat.

“Rumah yang selamat dan selesa bukan sekadar tempat berteduh, malah mampu memberi harapan serta membina kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah kepada penerima,” menurut kenyataan di Facebook yang turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan