Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

ROMPIN – Kerajaan terus mengiktiraf peranan dan suara masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi inisiatif membabitkan pelbagai aspek termasuk pembangunan sosioekonomi untuk memperkasakan masyarakat Orang Asli.

Katanya, antara fokus dilaksanakan adalah pemerkasaan modal insan, pendidikan, kemahiran, kerjaya, kebajikan dan infrastruktur.

“Komitmen itu dizahirkan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada masyarakat Orang Asli berjumlah RM412 juta tahun ini.

“Peruntukan itu bagi memastikan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia mendapat akses kepada kesejahteraan hidup berkualiti,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kenduri Rakyat Sempena Sambutan Hari Orang Asli 2026 di Kampung Orang Asli Sungai Mok, di sini, semalam.

Program itu disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata, kejayaan terus diraih setiap masyarakat Orang Asli membuktikan golongan berkenaan sudah beralih ke fasa hidup semakin baik.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata antara fokus memaju masyarakat terbabit ialah dalam pendidikan dengan menyasarkan 600 anak Orang Asli melanjutkan pendidikan ke universiti tahun ini.

“Usaha ini diperkasakan melalui gerak kerja strategik dan kesepaduan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, selain dibantu pelbagai pihak menerusi pelbagai program dianjurkan di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.

“Kerajaan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Orang Asli tanpa mengira latar belakang” katanya.

Related Posts

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

PUTRAJAYA – Hampir 1,000 jemaah menghadiri program Malaysia Berselawat sempena sambutan Maulidurrasul dan Hari Kebangsaan di Kompleks Nasyrul Quran di sini, malam tadi. Program anjuran Yayasan Restu Nasyrul Quran dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan