Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sekali lagi menafikan dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing.

Beliau berkata, dakwaan itu sudah beberapa kali dinafikan dan dijelaskan berdasarkan fakta serta data rasmi, namun masih terdapat pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif sama untuk mengelirukan rakyat.

“Dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing atau dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar.

“Perkara ini telah dijelaskan secara rasmi dan fakta mengenainya boleh dirujuk melalui kenyataan saya sendiri serta laporan media,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Saifuddin berkata, penyebaran dakwaan tidak benar itu amat membimbangkan kerana bukan sahaja mencemarkan nama individu atau institusi, malah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Katanya, naratif sedemikian juga berpotensi mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan keselamatan negara.

Beliau menasihatkan rakyat supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat melalui sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

“Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran,” katanya.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang