Tiada mana-mana individu, anggota lebih besar dari PKR

AYER KEROH – Perbezaan pandangan dalam kalangan anggota PKR tidak seharusnya menyebabkan parti berpecah sehingga menjejaskan kekuatan jentera di peringkat akar umbi.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan menegaskan, tiada individu atau kepentingan peribadi yang lebih besar daripada perjuangan parti terbabit.

“Kadang-kadang mungkin wujud perbezaan pandangan dan pendekatan dalam kalangan kita. Namun janganlah perbezaan itu menyebabkan kita lupa bahawa kekuatan sebenar kita bukan terletak pada mana-mana individu atau kelompok, tetapi pada kesatuan dan kebersamaan keseluruhan parti.

“Kalau kita cucuk sesama sendiri di atas, yang akhirnya menjadi mangsa adalah jentera di bawah. Cabang berpecah, ranting berpecah, anggota keliru, jentera menjadi lemah, dan akhirnya lawan politik kita yang mendapatkan keuntungan. Kita mesti bekerjasama sebagai satu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Ramanan mengingatkan, tiada siapa yang lebih besar daripada parti dan kepentingan peribadi yang lebih besar daripada perjuangan.

“Kalau ada perbezaan, kita duduk sebumbung. Kalau ada masalah, kita selesaikan sebagai satu keluarga. Kalau ada ego, kita ketepikan kerana matlamat kita jauh lebih besar daripada mana-mana isu ini.

“Mempertahankan parti dan Presiden tidak bermaksud kita tidak boleh menegur. Kita boleh menegur, kita boleh berbeza pandangan, tapi kita mesti kuat, kita mesti bersatu hati, kita mesti bergerak sebagai satu pasukan kerana akhirnya apabila Keadilan kuat, Kerajaan MADANI kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Ramanan berkata, anggota supaya tidak terpengaruh dengan usaha pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan rakyat melalui sentimen perkauman demi meraih sokongan politik.

Pada masa sama, beliau turut mengajak anggota PKR menetapkan tekad untuk memastikan Anwar kekal sebagai Perdana Menteri bagi satu penggal lagi demi meneruskan agenda reformasi.

“Ada pihak yang sengaja nak api-apikan sentimen perkauman untuk meraih undi dan ada pihak cuba memecah-belahkan perpaduan dalaman parti. Jangan kerana mahu menang politik, cuba pecahkan rakyat Malaysia mengikut warna kulit, agama atau keturunan. 

“Kita boleh berbeza parti, kita boleh berdebat dengan keras tentang dasar, tetapi jangan sekali jadikan kaum sebagai modal politik. Saya harap sebelum kesemuanya keluar daripada kongres ini, kita ambil dan kita tinggal dengan satu tekad.

“Kita mahu PMX kekal satu penggal lagi. Baru boleh reformasi selesai, baru boleh perjuangan selesai, baru boleh kerja kita selesai,” katanya. 

Related Posts

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PUTRAJAYA – Langkah UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan perlu dipersoalkan sama ada benar-benar berlandaskan kehendak rakyat atau mempunyai motif tertentu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera