AUKU akan dimansuh sepenuhnya, tidak dipinda

AYER KEROH – Kerajaan MADANI tidak akan melaksanakan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 atau digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong kegiatan mahasiswa.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi menjamin kebebasan mahasiswa serta memastikan mereka tidak terus terikat dengan undang-undang khusus yang menyekat pergerakan dan kegiatan di kampus.

Menurut beliau, kebimbangan mengenai kemungkinan mahasiswa melakukan kesalahan selepas AUKU dimansuhkan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengekalkan akta berkenaan.

“Saya mahu umumkan sekarang, kita sudah setuju tentang pemansuhan AUKU. Saya hendak jelaskan bahawa saya tidak mahu pindaan, AUKU wajib dimansuhkan sepenuhnya.

“Ada kebimbangan apabila AUKU dibatalkan, undang-undang baharu akan diperkenalkan yang turut mengongkong atau menyekat.

“Saya tidak akan benarkan mana-mana peraturan atau undang-undang gantian yang mengongkong kegiatan mahasiswa,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, mahasiswa tetap tertakluk kepada undang-undang sedia ada sekiranya melakukan kesalahan termasuk mencederakan orang lain atau menipu dalam peperiksaan.

Katanya, undang-undang jenayah dan peraturan tatatertib sedia ada sudah memadai untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana mahasiswa yang melakukan kesalahan tanpa memerlukan akta khusus seperti AUKU.

“Saya tidak bermaksud untuk melonggarkan peraturan tatatertib atau undang-undang jenayah sedia ada, tetapi undang-undang khas bagi mahasiswa seperti AUKU tidak wajar diteruskan.

“Saya akan tegaskan perkara ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri bahawa saya tidak bersetuju dengan apa-apa pindaan atau akta penggantian yang mengekang kegiatan mahasiswa,” katanya

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera