Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

AYER KEROH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan mengumumkan beberapa langkah baharu kerajaan dalam tempoh terdekat, sebelum memperincikan perubahan berkenaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pengumuman itu akan menyentuh beberapa perkara penting termasuk hala tuju dasar kerajaan, pengukuhan dalaman PH, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan serta pelaksanaan program membabitkan kepentingan negara.

“Jadi saya harap esok, selepas kita dengar (perbahasan) hari ini dan esok, saya akan jawab sebahagiannya yang saya mampu. Apa yang kita dapat lakukan dari segi dasar, dalaman parti dan PH, dalam Kerajaan Perpaduan dan program negara.

“Keduanya, menjelang kemerdekaan pada 30 Ogos, saya akan sampaikan pandangan sebelum hari keramat 31 Ogos, Hari Kemerdekaan dan menjelang 16 September, Hari Malaysia yang akan diadakan di Kuching, Sarawak.

“Berikutnya, saya akan cuba rumuskan beberapa perubahan mendesak yang perlu dilakukan pada Belanjawan 2027 Oktober ini. Saya ada tiga acara ini, insya-Allah kita akan lakukan sebaik mungkin,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Nor dan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengulas prestasi kerajaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui pencapaian dasar yang baik tidak semestinya dapat difahami dan dirasai rakyat sekiranya komunikasi kepimpinan tidak disampaikan dengan berkesan.

“‘Bukan salah ibu mengandung’, salah kita kerana kurang pintar menyampaikan dan mungkin ada hal-hal yang belum disempurnakan.

“Kita tidak nafikan satu hal… prestasi ekonomi baik dan semua angka menakjubkan, termasuk unjuran Bank Negara mencecah hingga enam peratus untuk suku tahun ini. Tetapi ia tidak dapat menangkap dan memenangi jiwa rakyat sekiranya komunikasi kita lemah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan Sabah dan Sarawak, termasuk negeri yang ditadbir pembangkang, dalam perancangan pembangunan negara.

Beliau berkata, tuntutan serta keperluan kedua-dua negeri berkenaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada agenda nasional bagi memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Untuk rakan-rakan Sabah dan Sarawak, saya nak sebut apa pun kelemahan kita, inilah parti dan inilah kerajaan pertama kali dalam sejarah yang tidak melihat tuntutan Sabah dan Sarawak itu sebagai tuntutan sampingan.

“Ia adalah agenda nasional dan kita mahu berjaya sebagai sebuah negara. Sabah dan Sarawak mesti menjadi sebahagian daripada program pembinaan negara ini,” katanya.

Related Posts

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

KUALA LUMPUR – Prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mencabar keputusan pendakwaan menghentikan prosiding kes rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ditangguhkan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi isu kehadiran pelarian asing terus berlarutan, sebaliknya mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat berlandaskan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar