Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi isu kehadiran pelarian asing terus berlarutan, sebaliknya mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat berlandaskan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 5,000 pelarian Myanmar telah dimuktamadkan untuk menjalani program penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat ke negara asal, berasaskan persetujuan Kerajaan Myanmar untuk menerima mereka serta persetujuan individu berkenaan untuk pulang secara sukarela.

“Hari ini (semalam), 1,476 individu memulakan fasa pertama penghantaran pulang, berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh Kerajaan Myanmar melalui nota diplomatik rasmi.

“Pelaksanaan ini diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia serta agensi berkaitan. Penyelesaian ini turut dicapai melalui pendekatan diplomatik dan rundingan secara langsung dengan Kerajaan Myanmar,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, kehadiran pelarian asing, khususnya dari Myanmar telah berlarutan berpuluh tahun tanpa penyelesaian tuntas sehingga menjadi beban kewangan yang besar kepada negara, mencetuskan krisis sosial yang serius serta mewujudkan ancaman keselamatan yang nyata kepada rakyat.

Bagi isu yang membabitkan dua negara, katanya, tindakan penguatkuasaan semata-mata tidak memadai, sebaliknya ia memerlukan kerjasama negara asal bagi membolehkan proses penerimaan, dokumentasi dan penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur dan berperingkat.

“Inilah pendekatan yang kami ambil, undang-undang ditegakkan, penguatkuasaan dilaksanakan dan saluran diplomatik dimanfaatkan untuk menghasilkan penyelesaian.

“Walaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, kami memilih pendekatan yang tegas tetapi berperadaban berteraskan nilai Ihsan dan semangat kekeluargaan ASEAN, dengan setiap tindakan dilaksanakan secara teratur dan bertanggungjawab tanpa berkompromi terhadap keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, fasa pertama semalam adalah satu permulaan manakala fasa-fasa seterusnya akan diteruskan sebaik sahaja proses pengenalpastian, dokumentasi, verifikasi serta kesiapsiagaan operasi disempurnakan.

“Masalah legasi yang telah berlarutan sekian lama, kami mula selesaikan berlandaskan undang-undang. Kedaulatan negara kita pelihara. Keselamatan, kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan,” katanya.

Seramai 1,476 tahanan pelarian Myanmar terdiri daripada 1,370 lelaki, 79 wanita serta 27 kanak-kanak dihantar pulang dalam fasa pertama di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, Perak semalam.

Proses penghantaran pulang itu dilaksanakan menggunakan kapal milik Tentera Laut Myanmar, iaitu Kapal UMS Moattama, kapal pengiring UMS King Sin Phyu Shin dan kapal hospital UMS Thanlwin.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan