PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dikecualikan daripada pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini.

Keputusan tersebut dimaklumkan selepas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong membangkitkan isu gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Sim berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan lain untuk membantu meningkatkan gaji pekerja dalam sektor PMKS, termasuk sokongan subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif agar kenaikan bergerak seiring peningkatan produktiviti.

“Saya telah membangkitkan isu gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini (Rabu). Kabinet bersetuju bahawa gaji rakyat perlu terus ditingkatkan.

“Namun, kita juga perlu melindungi perniagaan tempatan khususnya PMKS yang sedang berdepan tekanan kos operasi dan cabaran ekonomi semasa.

“Matlamat kita jelas iaitu kebajikan pekerja terbela dengan gaji yang lebih wajar, sementara PMKS kekal berdaya saing untuk terus berkembang dan menjana peluang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan, kadar gaji minimum sebanyak RM1,700 dijangka dinaikkan dan perinciannya bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Menurut Anwar, semakan dan kajian bagi pelarisan gaji minimum kini berada pada peringkat akhir sebelum diumumkan dalam pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat.

Related Posts

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah FELDA, Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung pemindahan hak milik 16 bidang tanah milik FELDA di Jalan Semarak pada 2014. Faizoull,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelewengan akidah bercanggah al-Quran, al-Sunnah perlu dipandang serius

PUTRAJAYA – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) memandang serius sebarang bentuk penyelewengan akidah yang menyimpang daripada ketetapan al-Quran dan al-Sunnah, ijmak ulama serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mufti Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar