5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

KUALA LUMPUR – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula disalurkan secara berperingkat hari ini kepada 5.3 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Jumlah penerima itu meningkat 300,000 berbanding lima juta penerima pada awal tahun lalu.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, daripada keseluruhan penerima, 3.9 juta terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana rendah, manakala 1.4 juta lagi adalah warga emas yang tidak mempunyai pasangan.

“Fasa 3, penerima menerima bayaran antara RM150 hingga RM600 berdasarkan pendapatan isi rumah dan bilangan anak, manakala warga emas yang tidak mempunyai pasangan menerima RM150.

“Dengan pembayaran itu, jumlah keseluruhan STR yang disalurkan menerusi tiga fasa sepanjang 2026 kini mencecah RM3.6 bilion,” katanya.

Mengikut kategori kelayakan, MoF berkata, penerima boleh menerima bantuan sehingga RM3,300 secara terkumpul setakat Ogos 2026 menerusi STR Fasa 1 hingga Fasa 3 serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.

“Jumlah berkenaan tidak termasuk pemberian SARA Untuk Semua secara sekali bayar kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Mulai 2026, katanya, kerajaan menyusun semula mekanisme bantuan bagi memastikan sokongan kepada rakyat diterima secara lebih teratur sepanjang tahun, dengan STR disalurkan secara suku tahunan, manakala SARA menyediakan bantuan keperluan asas secara bulanan kepada penerima yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan ketika kos sara hidup masih menjadi cabaran kepada sebahagian rakyat.

“Dalam keadaan kos sara hidup masih menjadi cabaran kepada sebahagian rakyat, kerajaan akan terus memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. Sebab itu jumlah isi rumah yang menerima STR meningkat daripada 3.7 juta pada awal tahun kepada 3.9 juta bagi Fasa 3.

“STR dan SARA membantu meringankan keperluan rakyat hari ini, sementara kerajaan terus melaksanakan reformasi dan memperkukuh ekonomi bagi meningkatkan pendapatan serta taraf hidup rakyat. Matlamat kita bukan sekadar memberi bantuan, tetapi memastikan kehidupan rakyat bertambah baik,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

MoF berkata, penstrukturan semula kewangan kerajaan serta penambahbaikan tatakelola membolehkan lebih banyak hasil negara disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

Peruntukan keseluruhan STR dan SARA bagi 2026 berjumlah RM15 bilion, iaitu yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan dan hampir tiga kali ganda berbanding pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 2016.

Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai hari ini.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula boleh mendapatkan bayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Bagi mengurangkan risiko keciciran, permohonan baharu dan rayuan STR dibuka sepanjang tahun menerusi portal rasmi STR.

MoF turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan serta hanya merujuk portal rasmi STR untuk mendapatkan maklumat terkini.

Soalan lazim (FAQ) STR disediakan melalui portal berkenaan, manakala FAQ SARA boleh disemak menerusi portal rasmi SARA.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang