Anwar nafi hubungan dengan Zahid retak

AYER KEROH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menafikan dakwaan Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, retak, sebaliknya menegaskan hubungan di peringkat nasional masih baik.

Beliau berkata, perbezaan pandangan di peringkat negeri adalah perkara biasa, sambil menjelaskan pendekatan beliau adalah untuk mencari jalan damai dalam menangani perbezaan.

“Dia (Khairy) ada pandangan peribadi. Dan memang dia selalu lihat dari segi cara gaduh. Saya lihat cara damai. Dia jalur gaduh, saya jalur damai.

“Sebab itu tadi saya ucap terima kasih dalam ucapan saya tentang peranan Datuk Seri Zahid dan UMNO dan seterusnya Barisan Nasional (BN) dalam memeterai Kerajaan Perpaduan, peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan hubungan beliau dengan Zahid semakin renggang.

Terdahulu, Anwar merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Ditanya sama ada hubungan di peringkat nasional masih baik dan berlaku pergaduhan.

“Peringkat negeri ada sikit, biasa,” katanya.

Mengenai dakwaan enam bahagian UMNO di Negeri Sembilan menghantar surat berkaitan perkara itu, Perdana Menteri berkata, beliau belum menerima surat berkenaan, namun dimaklumkan mengenainya.

“Tak ada masalah. Kita boleh bincang,” katanya.

Terdahulu, dakwaan itu susulan keputusan BN menjalinkan kerjasama dengan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, yang menyaksikan PH dan BN bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa tahap kepercayaan antara Anwar dan Zahid kini berada pada tahap terendah sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pada 2022.

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia