KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu turut merangkumi pemasangan 334 lampu jalan baharu di kawasan berisiko nahas akibat jalan gelap.

Selain itu, pihak kementerian akan memasang 14 lampu isyarat di persimpangan nahas serta membina 19 lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat (LPKSI).

Menurut beliau, KKR kini menggunakan Sistem Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (RAMS) di bawah inisiatif myJalan bagi mengurus, menganalisis data, dan mengenal pasti lokasi lokasi kerap kemalangan secara tepat.

Beliau menjelaskan, sesuatu kawasan itu diklasifikasikan sebagai lokasi kerap kemalangan apabila berlakunya tiga kemalangan sama jenis, atau lima nahas pelbagai jenis dalam tempoh tiga tahun di bawah lingkungan radius 50 meter atau laluan sepanjang 100 meter.

“Sistem RAMS ini diintegrasikan dengan Sistem Pelaporan Polis Bersepadu (i-PRS) di bawah seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pengurusan aset jalan yang lebih cekap menerusi perkongsian data bersepadu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Peluasan RAMS Tahun 2026 yang merupakan usahasama strategik antara KKR dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama strategik bersama WHO, Nanta memberitahu ia memfokuskan kepada pembinaan LPKSI dengan penerapan elemen reka bentuk antarabangsa, di samping pemerkasaan kempen kesedaran awam tentang keselamatan jalan raya.

Kursus tersebut menghimpunkan pegawai teknikal daripada KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak, PDRM, serta wakil dari WHO.

Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera