Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu dan Kunak.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, operasi Siri 5/2026 itu dilakukan bersama Jabatan Perikanan Lahad Datu bermula 4 Ogos hingga Jumaat.

“211 vesel diperiksa melibatkan 90 individu yang terdiri daripada 58 warga tempatan dan 32 warga asing.

“Daripada jumlah tersebut, dua vesel ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan menggunakan bahan letupan serta menjalankan aktiviti penangkapan ikan pada jarak kurang daripada dua batu nautika dari pulau terhampir,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.



Nilai keseluruhan rampasan bagi kedua-dua kes dianggarkan berjumlah RM206,000.

Menurut Dzulfikhar, operasi itu dilaksanakan secara berfasa meliputi fasa pengenalan, operasi di laut, operasi di daratan dan sesi ‘debrief’ dengan penglibatan seramai 30 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan.

“Operasi memberi fokus kepada pematuhan syarat lesen vesel, pengesahan identiti tekong dan kru serta pemeriksaan penggunaan peralatan menangkap ikan yang dibenarkan di perairan Lahad Datu.

“Ia turut membuktikan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang maritim, membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram serta memelihara kelestarian sumber perikanan negara,” ujarnya.


Beliau turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah atau kejadian mencurigakan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Zon Lahad Datu menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-930 5727 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.


Related Posts

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel