Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

MELAKA – Reformasi tidak boleh terhenti selepas memperoleh kuasa, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, beliau menjadi saksi kepada perjuangan panjang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membawa agenda islah dan reformasi untuk negara.

“Pagi ini di Konvensyen Nasional Keadilan 2026 di Melaka, Bang Mat dengar sendiri amanat Datuk Seri Anwar tentang perjuangan reformasi yang dibawa sejak sekian lama.

“Mesejnya jelas. reformasi tidak boleh berhenti selepas kita mendapat kuasa. Tadbir urus mesti diperbaiki. Rasuah mesti dilawan. Amanah rakyat mesti dijaga. Yang sakau duit rakyat, kita lawan. Tak kira siapa, tak kira kedudukan,” kongsinya di Facebook hari ini.

Mohamad turut hadir ketika Anwar menyampaikan amanat di konvesyen nasional tersebut.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam aspek ekonomi pula, beliau berkata pertumbuhan ekonomi bukan satu-satunya ukuran kejayaan kerana perkara lebih penting ialah memastikan rakyat merasai peningkatan dalam kehidupan serta mampu menghadapi tekanan kos sara hidup.

Mohamad turut menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang disifatkannya mampu memberikan ruang dan kebebasan lebih luas kepada mahasiswa.

“Reformasi bukan sekadar slogan. Kita sudah diberi amanah. Sekarang masa untuk kita buktikan dengan kerja dan tindakan,” katanya.

Beliau berkata perjuangan itu masih panjang dan semua pihak perlu terus bekerja demi kepentingan rakyat serta negara.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM