Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merekodkan penurunan panggilan kebakaran terbuka, namun operasi pemadaman hutan berskala besar kini tertumpu di tiga lokasi utama termasuk di Limbang.

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Tiong Ling Hii berkata, tiga kawasan tersebut meliputi Jalan Kejatau-Lingga di Sri Aman; Kampung Kut, Pulau Bruit di Daro; dan kawasan terbaharu di Kampung Bangkuati, Limbang.

Menurut beliau, operasi di Jalan Kejatau-Lingga kini memasuki hari kelima dengan penambahan aset serta anggota sejak Khamis hasil bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sri Aman, agensi DID, serta pekerja ladang sawit berhampiran.

“Usaha pemadaman ini dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi. Teknik pembanjiran total (total flooding) dilihat akan membantu mempercepatkan lagi operasi yang melibatkan tanah gambut ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa operasi pemadaman di Kampung Kut berdepan cabaran berikutan masalah kekurangan sumber air dan kelewatan bantuan logistik seperti jengkaut, yang menyebabkan api merebak ke kawasan yang lebih luas.

Bagi mengatasi isu tersebut, pihak JBPM kini giat bekerjasama dengan Pejabat Daerah Daro untuk mendapatkan sokongan logistik tambahan agar kerja pemadaman dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Dalam perkembangan sama, Tiong menzahirkan penghargaan kepada pengamal media yang banyak membantu menyebarkan kesedaran awam berhubung kesan negatif pembakaran terbuka dan jerebu rentas sempadan, yang menyumbang kepada penurunan drastik kes berkenaan sejak 11 hingga 13 Ogos lalu.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera