Ruang udara KL, Putrajaya ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan

PETALING JAYA – Ruang udara di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup sementara pada tempoh tertentu sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Dalam kenyataan hari ini, CAAM berkata penutupan itu membabitkan Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur (KLIA) pada tempoh tertentu antara 26 hingga 29 Ogos serta 31 Ogos ini.

“Sepanjang tempoh penutupan itu, pergerakan berjadual bagi pelepasan dan pendaratan pesawat KLIA akan dihentikan sementara bagi memastikan latihan raptai dan lintas hormat dapat dilaksanakan dengan selamat serta teratur,” katanya.

CAAM berkata orang awam juga mungkin menyedari peningkatan aktiviti penerbangan berkaitan acara berkenaan sepanjang tempoh terbabit.

Sehubungan itu, penumpang yang menggunakan KLIA dinasihatkan menyemak status serta jadual penerbangan terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Katanya, terdapat kemungkinan sesetengah penerbangan dijadualkan semula atau terjejas susulan penggantungan sementara operasi pesawat ketika ruang udara ditutup.

Dalam pada itu, CAAM mengingatkan orang awam bahawa semua operasi dron atau Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) dilarang sama sekali di kawasan terjejas sepanjang latihan raptai dan lintas hormat.

“Pengoperasian dron tanpa kebenaran boleh mendatangkan risiko keselamatan yang serius khususnya kepada pesawat yang beroperasi pada altitud rendah dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana