Integriti teras kemakmuran, martabat kesejahteraan dan keyakinan rakyat 

KUCHING – Usaha membudayakan nilai integriti bukan lagi sekadar tanggungjawab satu kelompok tertentu, sebaliknya ia merupakan komitmen bersama yang menuntut penglibatan menyeluruh seluruh jentera kerajaan dan lapisan masyarakat.  

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, agenda integriti kini dipacu secara lebih inklusif merangkumi institusi pendidikan, kepimpinan akar umbi, ketua masyarakat serta generasi muda.  

Menurut beliau, pembentukan ekosistem yang menyeluruh itu sejajar dengan penjenamaan semula program Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) kepada penganjuran Sambutan Hari Integriti Sarawak (HIS) yang mula diperkenalkan pada tahun lalu.  

“Tema ‘Integriti Teras Kemakmuran Sarawak’ memberi gambaran jelas bahawa kemakmuran bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan kemajuan infrastruktur semata-mata.  

“Ia juga perlu berpaksikan kepada kekuatan nilai integriti dalam pentadbiran, kebertanggungjawaban mengurus sumber awam serta komitmen memastikan pembangunan yang mampan,” katanya.  

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan alu-aluannya sempena Majlis Sambutan HIS 2026 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Majlis yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg itu disaksikan oleh hampir 3,000 hadirin secara fizikal dan dianggarkan 9,000 peserta secara maya.  

Mengulas lanjut, Mohamad Abu Bakar berkata, integriti penjawat awam dizahirkan melalui pematuhan kepada peraturan, pengurusan kewangan yang telus serta kecekapan perkhidmatan tanpa dipengaruhi sebarang konflik kepentingan peribadi.  

“Pada masa yang sama, kerajaan Sarawak melalui UNIONS juga kini sedang dalam proses membangunkan Sistem Pengurusan Kepintaran Integriti (Integrity Intelligence Management System) atau I-Integrity.  

“Sistem berasaskan teknologi ini dibangunkan bagi memantapkan fungsi 208 Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) sekali gus memperkukuh akauntabiliti tadbir urus,” jelasnya.  

Tambah beliau, usaha itu turut disokong melalui pelaksanaan Strategi Antirasuah Organisasi (OACS) dan Modul Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) bagi membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun dalam pengurusan risiko.  

Dalam pada itu, beliau menasihatkan seluruh jentera perkhidmatan awam agar tidak bersikap defensif dalam mendepani sesuatu isu berbangkit, sebaliknya perlu kekal berfikiran terbuka.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM