Enam sekolah di Tebedu ditutup susulan IPU melebihi 200

SERIAN – Enam sekolah di kawasan Tebedu di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian ditutup sementara selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 akibat jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan penutupan itu dibuat sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.

Enam sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijag, SK Sungai Sameran, SK Tepoi, SK Entubuh, SK Temong dan SK Tema.

Secara keseluruhan, penutupan berkenaan melibatkan 579 murid dan 104 kakitangan sekolah.

JPNS berkata, berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 1 Tahun 2019, semua sekolah di kawasan atau daerah yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 hendaklah ditutup serta-merta.

“Pengetua dan guru besar tidak perlu menunggu arahan khusus daripada PPD atau JPN untuk mengambil tindakan penutupan sekolah apabila bacaan IPU di kawasan masing-masing melebihi 200.

“Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan tersebut kepada PPD dan JPN dengan segera bagi tujuan penyelarasan, pemantauan dan rekod,” katanya.

Dalam pada itu, JPNS memaklumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian diteruskan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

Pihak sekolah turut diminta memastikan komunikasi dengan ibu bapa dan penjaga berjalan lancar serta memberi perhatian terhadap kebajikan dan kesihatan murid.

JPNS melalui PPD Serian akan terus memantau perkembangan bacaan IPU dan keadaan kualiti udara dari semasa ke semasa dengan mendapatkan maklumat daripada agensi berkaitan.

Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan mengikuti makluman rasmi pihak sekolah, PPD Serian dan JPNS serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

JPNS menegaskan keselamatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga pendidikan kekal menjadi keutamaan, khususnya ketika keadaan jerebu yang boleh memberi risiko kepada kesihatan.

Foto: Gambar hiasan

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam