Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

TELUK INTAN – Tindakan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang terhadap seorang wanita membawa padah apabila ditahan polis di Slim River, awal pagi Selasa.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi, selepas Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menjalankan siasatan dan risikan susulan laporan kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Liang berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 69 tahun pada 3 Ogos lalu yang mendakwa disamun seorang lelaki tidak dikenali di sebuah rumah di Langkap.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku apabila suspek dipercayai bersenjatakan parang merampas seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan.

“Kerugian dianggarkan berjumlah kira-kira RM6,000,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Beliau berkata, hasil siasatan dan risikan lanjut membawa kepada penahanan suspek di Slim River pada 11 Ogos 2026.

“Pihak polis turut berjaya menemui dan merampas semula seutas gelang tangan emas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk tindakan siasatan selanjutnya,” katanya.

Chua berkata, Mahkamah Majistret Teluk Intan membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tujuh hari sehingga 17 Ogos ini bagi membantu melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai khususnya penghuni kediaman supaya meningkatkan aspek keselamatan rumah, terutama pada waktu malam dan awal pagi.

“Pastikan pintu, tingkap dan laluan masuk dikunci dengan sempurna serta elakkan menyimpan wang tunai atau barangan berharga dalam jumlah yang besar di rumah,” katanya.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam