Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

LAWAS – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Sundar dan Awat-Awat Tahun 1448 Hijrah berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam usaha memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh kecintaan terhadap al-Quran.

Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah Lawas, Ustaz Mohammad Ikram Jamil berkata, penganjuran majlis berkenaan bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform terbaik untuk menghayati mukjizat agung kalamullah sebagai pedoman hidup umat Islam.

“Perhimpunan ini melambangkan syiar Islam yang subur dan kecintaan mendalam masyarakat terhadap al-Quran. Ia merupakan wadah untuk memupuk minat umat Islam agar terus mendekati dan menghayati isi kandungannya,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan tilawah tersebut di Masjid Besar Sundar pada Selasa.

Mengulas mengenai tema penganjuran ‘Ummah Maju Makmur’ pada tahun ini, beliau menjelaskan ia membawa maksud kemajuan yang seimbang antara pembangunan material dan rohani berteraskan ajaran Islam.

Menurutnya, kemajuan sebenar tidak hanya diukur melalui pembangunan fizikal, sebaliknya perlu disandarkan kepada keimanan, akhlak mulia serta penguasaan ilmu bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa dan seluruh masyarakat agar berganding bahu membimbing generasi muda mendekati al-Quran, selain terus mengimarahkan institusi masjid menerusi pelbagai program keagamaan.

Sepanjang majlis dua hari itu berlangsung, seramai lima qari dan empat qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing dengan penuh penghayatan yang mencerminkan kesungguhan mereka mendalami kitab suci tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Besar Sundar, Zainuhani Zainudin menyifatkan program seumpama itu bukan sahaja memperdengarkan bacaan yang indah, malah membantu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam di Daerah Kecil Sundar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang berganding bahu menjayakan program berkenaan termasuk Pejabat Agama Islam Daerah Lawas, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Lawas serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Jelasnya, kejayaan majlis tilawah itu diharap menjadi pemangkin kepada usaha berterusan masyarakat untuk mendekatkan diri dengan al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

TELUK INTAN – Tindakan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang terhadap seorang wanita membawa padah apabila ditahan polis di Slim River, awal pagi Selasa. Suspek berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal dakwaan berhubung isu keselamatan, kelewatan, beban kos pemilikan serta kemudahan infrastruktur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil. Timbalan Menteri KPKT,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang