Budaya ikut ‘wahyu’ semberono bahayakan pentadbiran negara

KUCHING – Sikap segelintir masyarakat dan penjawat awam di negara ini yang mengamalkan budaya menerima serta melaksanakan arahan ketua tanpa soal siasat atau diistilahkan sebagai menerima ‘wahyu’ disifatkan amat berbahaya kepada integriti negara.

​Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, budaya tersebut berpunca daripada kedudukan Malaysia yang mencatatkan skor Indeks Jarak Kuasa (Power Distance Index) tertinggi di dunia.

​Menurut beliau, dapatan kajian oleh pakar antarabangsa, Profesor Geert Hofstede mendedahkan bahawa budaya menerima arahan pihak atasan secara patuh buta tanpa meneliti kesahihannya adalah sangat menebal di Malaysia berbanding negara seperti Austria yang mencatat skor terendah.

​”Apabila diarahkan oleh bos, kita langsung tidak mahu memikirkan sama ada (arahan itu) betul atau tidak dan kita tidak membantu bos untuk memastikan mereka melakukan perkara yang betul.

​”Apabila dapat ‘wahyu’, tidak lagi dipersoalkan, terus sahaja jalan dan ini sangat berbahaya. Jika kita cintakan negara, apabila ada sesuatu yang salah, kita mesti pastikan ia diperbetulkan,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama mengenai Bicara Eksekutif Integriti: “Institusionalisasi Budaya Integriti : Dari Polisi ke Amalan” pada Rabu.

​Dalam pada itu, Abu Kassim turut memuji komitmen kerajaan Sarawak yang disifatkannya berjaya mewujudkan persekitaran paling kondusif dalam usaha memerangi rasuah berbanding negeri lain di Malaysia.

​Jelasnya, sekiranya momentum pengurusan integriti tersebut diteruskan, ia mampu mempercepatkan pencapaian sasaran Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) Sarawak 2030 yang berpaksikan kepada tiga elemen teras utama iaitu ketelusan (transparency), kebertanggungjawaban (accountability) dan integriti.

​Mengulas mengenai kegagalan pelaksanaan dasar antirasuah di sesetengah agensi, beliau menjelaskan bahawa pelan strategik seperti Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) sering gagal berfungsi kerana ralat dalam memadankan strategi mitigasi dengan tahap risiko organisasi.

​”Bagi organisasi yang mempunyai tahap risiko sangat tinggi, mereka tidak boleh bermula dengan (kempen) kesedaran, sebaliknya mesti bermula dengan proses pengesanan dan tindakan punitif yang tegas seperti mana yang dilakukan oleh China dan Indonesia.

​”Walau secantik mana pun undang-undang atau polisi yang digubal, kejayaan pelaksanaannya amat bergantung kepada kemahuan pemimpin (will of the leader) untuk diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan dan amalan praktikal,” tegasnya.

​Menyentuh mengenai Wawasan 2020, beliau mendedahkan bahawa kelewatan negara mencapai sasaran kemajuan berpunca daripada kelompangan dalam merealisasikan ‘Cabaran Keempat’ wawasan tersebut, iaitu cabaran mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

​Tambahnya, ancaman salah guna kuasa pada masa kini turut beralih kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kesan daripada dasar penswastaan, selain wujudnya kelompangan manipulasi oleh individu korup di sebalik pelaksanaan transformasi pendigitalan perkhidmatan awam.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap