Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan meneruskan Persidangan Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), pada Isnin.

Keputusan tersebut dibuat susulan Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendesak agar ditangguhkan persidangan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir akibat menjalani pembedahan kesihatan.

Bagaimanapun, keputusan itu menjentik Ahli Parlimen pembangkang yang tidak boleh menerima keputusan tersebut sehingga bertidak  keluar dewan dan tidak mahu menyertai perbincangan sidang khas tersebut.

Sebelum sesi perbahasan bermula, Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3) susulan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pembangkang sebelum ini sudah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul supaya sidang khas itu ditangguhkan sehingga Anwar kembali bertugas selepas menjalani rawatan kesihatan.

Johari bagaimanapun, berpandangan ketidakhadiran Perdana Menteri tidak menghalang persidangan diteruskan memandangkan kerajaan masih diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Kabinet lain.

“Adakah anda mahu merendahkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri? Beliau berada di sini mewakili Kabinet. Menteri-menteri lain juga berada di sini mewakili Kabinet,” katanya di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Tambahnya, Ahli Parlimen juga mempunyai saluran lain untuk meneruskan penelitian terhadap isu yang dibangkitkan, termasuk menerusi sesi Belanjawan pada 5 Oktober serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).

“Buat satu itu resolusi, panggil siapa lagi arahan-arahan yang diperlukan, bentangkan dan desak,” katanya lagi. Namun, ketika Johari meneruskan persidangan, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan Dewan sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan itu

“Kami tidak mengikuti perbahasan ini di pihak pembangkang,” kata Takiyuddin sebaik Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bangun untuk memulakan sesi penerangan laporan RCI TH.

Sebelum mereka beredar, Johari sempat mendapatkan pengesahan daripada Takiyuddin mengenai tindakan tersebut.

“Pembangkang nak ‘walk out’?That’s your decision? Saya nak tanya sekarang, adakah pembangkang nak‘walk out’?” soal Johari.

“Ya,” jawab Takiyuddin ringkas.

Susulan itu, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan meneruskan perbahasan berhubung laporan RCI berkenaan.

Sebelum ini, Takiyuddin menegaskan, kehadiran Anwar penting kerana persidangan khas berkenaan diadakan atas permintaan Perdana Menteri, selain isu RCI Tabung Haji mempunyai kepentingan awam yang tinggi.

Menurutnya, pembangkang mahu Perdana Menteri hadir sendiri bagi mendengar perbahasan serta memberikan respons terhadap perkara yang dibangkitkan.

“Jadi untuk menunjukkan Perdana Menteri seorang yang bertanggungjawab, kami mohon dengan rendah diri supaya persidangan ini ditangguhkan.

“Kalau dia (Perdana Menteri) datang, kita bahas. Tapi kalau dia tak datang… kalau kita bahas tanpa Perdana Menteri, macam kita buat sidang media,” kata Takiyuddin.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Bersatu Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menegaskan, Ahli-Ahli Parlimen Bersatu akan kekal berada di dalam Dewan dan tidak menyertai tindakan keluar beramai-ramai itu.

Related Posts

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

PEMBANGKANG seharusnya bersikap matang meneruskan perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) demi kepentingan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekecewaan apabila…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan beberapa individu penting yang dikaitkan dengan penyelewengan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

Ahli Parlimen PN bertindak keluar dewan, tak sertai sesi penerangan Menteri RCI TH

PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

  • By Aden
  • August 11, 2026
PM mohon maaf tidak hadir Sidang Khas RCI Tabung Haji

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu