Siasatan serta merta RCI Tabung Haji direstui Kabinet, tangkapan individu penting sudah dilaksana

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan beberapa individu penting yang dikaitkan dengan penyelewengan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, siasatan penuh terhadap dapatan RCI telah dimulakan serta-merta selepas mendapat persetujuan Kabinet pada akhir bulan lalu.

Menurut beliau, tindakan tegas itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dan tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam salah guna kuasa mahupun pecah amanah terhadap harta dan dana suci milik jemaah haji negara.

“Dalam hal ini, saya mengambil kesempatan menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menegaskan agar siasatan berhubung dapatan RCI mengenai TH dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi sehingga ke ‘lubang cacing’,

“Keprihatinan baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara ini adalah selari dengan iltizam kerajaan Madani,” katanya di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, adalah suatu perkara sukar untuk mengatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab pada ketika itu tidak mengetahui masalah yang sedang membarah dalam TH.

Beliau menegaskan, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mengeluarkan lima siri surat peringatan kepada Pengerusi TH dan Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.

“Mereka sudah diberi amaran bukan satu kali, bukan dua kali, tetapi lima kali bahawa keadaan itu perlu diperbetulkan segera bagi memastikan TH tidak terus melanggar undang-undang.

“Semua mesti tahu amaran-amaran BNM itu bukannya tanpa asas. Asasnya, sekiranya ia tidak ditangani, maka ia berisiko menimbulkan kesan yang parah kepada kedudukan dan kestabilan kewangan negara,” katanya.

Katanya lagi, apa yang berlaku adalah surat-surat amaran yang diutuskan BNM itu tidak pernah diendahkan, apatah lagi diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pengurusan TH pada ketika itu.

Tambahnya, kedudukan TH ketika itu berpotensi menimbulkan risiko sistemik kepada kestabilan kewangan negara dan malangnya, surat-surat itu tidak diendahkan oleh kepimpinan TH ketika itu.

“TH juga sudah berjaya melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor RCI bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi itu.

“Dalam hal ini, TH sudah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan baki syor yang relevan sedang giat dalam pelaksanaan,” katanya.

Related Posts

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH

PUTRAJAYA – Usaha penstrukturan semula yang dilaksanakan Tabung Haji (TH) sejak beberapa tahun lalu memberi asas yang lebih kukuh kepada institusi itu untuk beroperasi secara mampan demi menjaga kepentingan pendeposit…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Integriti nadi kemakmuran, KSN puji komitmen berterusan Sarawak

Integriti nadi kemakmuran, KSN puji komitmen berterusan Sarawak

Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH

Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH