Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

KUCHING – Usaha memartabatkan seni warisan bangsa terus diperkasa menerusi penganjuran Pesta Pantun Negeri Sarawak (Pesantun) 2026 yang memfokuskan penyertaan dalam kalangan penjawat awam persekutuan dan negeri di wilayah ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak itu berlangsung selama dua hari bermula semalam bertempat di Balai Budaya DBP. 

Pengarah JKKN Sarawak, Noor Seela Noor Sulaiman berkata, seni budaya pada masa kini tidak lagi dilihat sekadar aktiviti sampingan, sebaliknya telah menjadi aset strategik yang menyumbang kepada perpaduan nasional dan pertumbuhan ekonomi kreatif.

Menurutnya, penganjuran program berprestij tersebut merupakan sebahagian daripada agenda nasional untuk membentuk masyarakat berbudaya memandangkan pantun telah diwartakan sebagai ‘Warisan Tidak Ketara’ oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

“Bakat yang dicungkil melalui Pesantun ini perlu terus dibimbing dan kelangsungannya tidak boleh terhenti selepas pertandingan tamat.

“Pembangunan bakat ini mesti diteruskan melalui ekosistem yang menyokong pertumbuhan mereka sebagai penggiat seni profesional,” katanya ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan peringkat akhir program berkenaan pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Seela turut mengumumkan kesinambungan kerjasama antara JKKN dan DBP Cawangan Sarawak menerusi penganjuran Festival Teater Malaysia Peringkat Zon Sarawak 2026.

Jelasnya, festival berkonsepkan seni persembahan dan pementasan tersebut dijadualkan berlangsung bermula 28 September hingga 4 Oktober depan.

“Kejayaan pembangunan budaya memerlukan pendekatan menyeluruh daripada semua pihak bagi membina sebuah ekosistem yang mantap serta dinamik.

“Marilah kita menjadikan seni budaya sebagai satu cara hidup yang diamalkan melalui nilai hormat, kesantunan dan semangat kebersamaan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI,” ujarnya.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari