Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

KUANTAN – Tindakan sepasang suami isteri warga emas menyembunyikan ketagihan dadah kira-kira 30 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediaman mereka di Jalan Gambang, dekat sini.

Pasangan berusia 67 dan 59 tahun itu antara 1,209 individu didapati positif dadah yang ditahan dalam operasi serentak di seluruh negara selama tiga hari, minggu lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, pasangan warga emas itu tidak bekerja dan perbelanjaan harian mereka ditanggung lima anak berusia antara 24 hingga 31 tahun.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pasangan itu dikategorikan sebagai penagih baharu kerana mereka pertama kali dikesan pihak AADK .

“Apabila kita selidik mereka sebenarnya telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan selama kira-kira 30 tahun.

“Alhamdulillah, kali ini kita dapat tahan dan Insya-Allah, AADK akan membantu mereka melalui program rawatan serta pemulihan supaya dapat kembali berfungsi dalam komuniti,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di pejabat AADK Pahang di Indera Mahkota, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Hamizan Haidzir dan Pengarah AADK Pahang, Aman Mustapha.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 1,606 individu ditahan dengan 1,209 orang didapati positif dadah atau bahan membabitkan 1,153 lelaki dan 56 wanita.

Jelasnya, di Pahang, seramai 254 individu ditahan dengan 191 orang didapati positif dadah atau bahan terlarang sepanjang operasi itu.

“Seramai 131 orang daripadanya merupakan penagih baharu yang dikesan.

“Daripada jumlah positif itu, seramai 183 ialah lelaki manakala lapan lagi wanita,” jelasnya.

Menurut Mahadzir, metamphetamine atau syabu kekal menjadi dadah paling dominan digunakan di Pahang apabila 145 individu didapati positif, diikuti opiat seramai 36 orang.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia