Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Nurul Izzah tetap aktif dalam PKR meskipun mempunyai perancangan untuk meneruskan pengajian dan melibatkan diri dalam program di luar parti.

“Dia (Nurul Izzah) ada program di luar, tidak apa, kita boleh terima baik.

“Tapi, dia masih aktif dalam parti,” katanya seperti dipetik Berita Harian pada Jumaat.

Semalam, Nurul Izzah menegaskan beliau akan terus menyokong perjuangan PKR di bawah kepimpinan Anwar meskipun mengambil keputusan melepaskan jawatan nombor dua parti itu.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menjalankan tugas sebagai pemangku Timbalan Presiden serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya PKR untuk melaksanakan amanah masing-masing.

Nurul Izzah dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR pada Mei tahun lalu selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Rafizi Ramli.

Susulan perkembangan berkenaan, Rafizi kemudiannya meninggalkan PKR bersama bekas Naib Presiden parti, Nik Nazmi Nik Ahmad, sebelum menubuhkan gerakan politik Bersama.

Related Posts

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

POLITIK dan kuasa tidak seharusnya dijadikan matlamat akhir sebaliknya perlu diterjemahkan sebagai amanah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat serta membina masa depan Malaysia lebih baik. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026