Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada paras 4.0935/1000 berbanding 4.0935/0975 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, PMI Pembuatan ISM AS mencatat prestasi lebih baik daripada jangkaan apabila indeks meningkat kepada 55.6 mata pada Julai berbanding anggaran konsensus 54.0 mata, sekali gus mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah di negara berkenaan.

“Daripada maklum balas kaji selidik, syarikat-syarikat di AS dilihat kekal berdaya tahan walaupun berdepan tarif import yang lebih tinggi dan kenaikan harga tenaga.

“Sektor berkaitan teknologi dan pelaburan kecerdasan buatan melaporkan maklum balas yang positif.

“Bagaimanapun, respons dalam kalangan syarikat adalah bercampur-campur memandangkan kos pengangkutan yang masih tinggi, mendorong mereka untuk memberi tumpuan kepada kecemerlangan operasi sebagai pendekatan untuk meminimumkan impak terhadap margin keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kekal kukuh pada paras 99.952 mata, manakala harga minyak mentah menurun susulan keyakinan bahawa rundingan antara AS dan Iran akhirnya akan membuka semula Selat Hormuz.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan kadar pertukaran dolar AS-ringgit akan terus bergerak dalam julat kecil sekitar RM4.08 hingga RM4.10 hari ini,” katanya.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit dijangka terus bergerak dalam julat kecil hari ini walaupun saham teknologi AS mencatat pemulihan kukuh.

Beliau berkata, penurunan hasil bon AS yang disokong harga minyak lebih rendah serta jangkaan inflasi yang semakin sederhana sepatutnya memberi kesan positif kepada aset berisiko di rantau ini.

“Bagaimanapun, isyarat luaran yang menggalakkan itu diimbangi oleh ketidaktentuan politik dalam negara. Perhatian pasaran semakin tertumpu kepada sama ada Pakatan Harapan mampu bangkit semula selepas Pilihan Raya Negeri Johor pada 11 Julai dan menangkis cabaran politik yang lebih luas.

“Pada pandangan saya, ketidaktentuan ini menghalang ringgit daripada menerima manfaat sepenuhnya daripada peningkatan sentimen risiko global,” katanya.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok