13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

PUTRAJAYA – Semua isu tertunggak berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dituntut agar diberi keutamaan dan diselesaikan sepenuhnya menjelang Disember 2026.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha memuktamadkan baki tuntutan itu amat penting demi membela nasib dan hak rakyat di Sabah serta Sarawak.

Beliau menyuarakan penegasan tersebut semasa menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada Selasa. 

Delegasi kerajaan Sarawak diketuai bersama oleh tiga Timbalan Premier Sarawak lain iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Mesyuarat penting berkenaan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud.

Dalam perbincangan tersebut, laporan status merekodkan sebanyak 13 perkara berkaitan tuntutan MA63 berjaya diselesaikan sepenuhnya setakat ini.

Beberapa isu utama lain seperti hal ehwal kesihatan, pendidikan, pengambilan anak jati Borneo ke dalam sektor awam kerajaan Persekutuan serta pembangunan kawasan sempadan masih giat dibincangkan.

Susulan itu, Mustapha mengarahkan semua kementerian dan agensi Persekutuan di Putrajaya supaya memberikan kerjasama penuh bagi mempercepatkan penyelesaian baki tuntutan yang masih tertangguh.

Dalam pada itu, kerajaan Sarawak kekal komited meneruskan rundingan secara harmoni bagi memastikan segala hak pentadbiran wilayah yang termaktub di dalam perjanjian tersebut dikembalikan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal