Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

MIRI – Seramai 36 penuntut dari tiga universiti di Malaysia bergabung tenaga menjayakan program pemerkasaan komuniti ‘Smart Community 2.0’ (SMARTCOM 2.0) di Kampung Selanyau, Bekenu pada Julai lalu.  

Program kemasyarakatan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Julai itu menghimpunkan mahasiswa dan barisan pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM).  

Ia dilaksanakan dengan sokongan padu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selanyau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Selanyau, serta dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Sibuti, Mohd Fazly Juna.  

SMARTCOM 2.0 berjaya melibatkan penyertaan 66 murid SK Selanyau berserta penduduk kampung menerusi pelbagai pengisian ilmu memfokuskan pendidikan alam sekitar, pertanian mampan dan teknologi digital.  

Antara pengisian utama yang dikendalikan mengikut kepakaran universiti masing-masing adalah seperti Program ‘Explorer Cilik’ dan bengkel penghasilan sabun menggunakan minyak masak terpakai oleh delegasi UNIMAS.  

Selain itu, sesi amali pengurusan sisa organik baja kompos dan penanaman hidroponik kendalian UMS serta pendedahan interaktif berkaitan teknologi Internet Kebendaan (IoT) serta asas robotik oleh UTM juga menjadi tumpuan utama program tersebut.

Penasihat Program UNIMAS, Dr Farah Zaini berkata, program tersebut direka agar penyaluran ilmu bersifat praktikal dan relevan untuk kegunaan berterusan masyarakat setempat. 

“Universiti membawa pengetahuan dan kepakaran teknikal, namun dalam masa yang sama pelajar turut belajar daripada pengalaman, nilai murni serta pengetahuan tempatan penduduk kampung.  

“Proses pembelajaran dua hala ini yang menjadikan sesebuah program komuniti itu lebih bermakna dan berupaya bertahan lama,” jelasnya.  

Bagi mengeratkan lagi ukhuwah, program itu turut menyelitkan komponen keluarga angkat yang melibatkan 12 keluarga untuk membolehkan para mahasiswa menyelami rutin harian dan merasai sendiri kehidupan bermasyarakat di luar persekitaran kampus.  

Secara keseluruhannya, penganjuran inisiatif seumpama ini dilihat bertepatan dalam menyokong aspirasi kerajaan Sarawak iaitu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi menggalakkan keterangkuman sosial, kelestarian alam dan inovasi pada peringkat akar umbi.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini

  • By Ithma
  • September 23, 2026
Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini