Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan seperti Hulu Langat dan Beranang merekodkan sekitar 20 hingga 30 penghuni bagi setiap lokasi, manakala kawasan lebih urban seperti Kajang mencatatkan jumlah lebih tinggi.

Menurutnya, hasil semakan dan kajian yang dilaksanakan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat bersama agensi berkaitan mendapati terdapat kira-kira 400 etnik Rohingya di Kampung Sungai Sikamat, Kajang manakala Kampung Kantan Permai merekodkan sekitar 50 orang.

“Di kawasan Cheras pula, setiap lokaliti menempatkan antara 200 hingga 300 orang, manakala Ampang merekodkan jumlah paling tinggi dengan hampir 2,000 orang di Tasik Tambahan dan sekitar 1,500 orang di Pandan Mewah.

“Selain itu, kawasan Taman Bandar Baru Ampang dan Kosas masing-masing merekodkan kira-kira 300 penghuni. Secara keseluruhan, rekod yang diperoleh daripada jabatan berkaitan menunjukkan terdapat 9,515 etnik Rohingya di daerah Hulu Langat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz yang bertanya jumlah pendatang asing termasuk Rohingya di Sidang Dewan Negeri Selangor, pada Isnin.

Amirudin menambah Kerajaan Negeri melaksanakan tindakan penyelarasan melalui Jawatankuasa Keselamatan Daerah Hulu Langat membabitkan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing bagi menangani isu penempatan pelarian Rohingya.

“Antara langkah yang dilaksanakan ialah pemantauan dan pengemaskinian maklumat penempatan yang direkodkan sehingga Julai lalu, selain operasi penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Imigresen, PDRM dan PBT.

“Jawatankuasa Keselamatan Daerah turut berfungsi sebagai platform penyelarasan antara agensi bagi perkongsian maklumat serta pelaksanaan operasi penguatkuasaan.

“Pada masa sama, tindakan terhadap penempatan atau mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang akan dilaksanakan oleh agensi yang mempunyai bidang kuasa mengikut peruntukan sedia ada,” ujarnya lagi.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX