Infantino bakal terlepas gaji lumayan

GIANNI Infantino berpotensi menikmati pendapatan luar biasa setanding bintang sukan dunia seperti Erling Haaland dan Lewis Hamilton jika rancangan kontroversinya menjual sebahagian kepentingan Piala Dunia menjadi kenyataan.

Presiden FIFA berusia 56 tahun itu mencetuskan kekecohan dalam arena bola sepak dunia minggu lalu apabila mencadangkan penubuhan subsidiari baharu dikenali sebagai FIFA Forward Enterprise (FFE).

Menerusi cadangan itu, FFE akan menguruskan semua aset komersial kejohanan terbesar FIFA termasuk Piala Dunia, dengan sehingga 20 peratus pegangan syarikat ditawarkan kepada pelabur luar bagi nilai keseluruhan AS$20 bilion (RM81.8 bilion).

Bagaimanapun, rancangan itu dibatalkan selepas mendapat tentangan hebat daripada ahli-ahli FIFA, termasuk Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang mengancam memulaukan semua kejohanan anjuran FIFA.

Infantino ketika ini menerima gaji sekitar 2.6 juta pound (RM14.3 juta) setahun sebagai presiden FIFA, namun jumlah itu dipercayai meningkat hampir dua kali ganda selepas mengambil kira pelbagai bonus.

Sekiranya cadangan FFE diteruskan, Infantino dijangka mengambil alih jawatan pesuruhjaya syarikat itu selepas tamat penggal terakhirnya sebagai presiden FIFA pada tahun 2031.

Menurut laporan The Times, jawatan berkenaan dijangka menawarkan pendapatan setanding pesuruhjaya Liga Bola Sepak Amerika, Roger Goodell, yang memperoleh kira-kira AS$64 juta (RM261.8 juta) setahun.

Jumlah itu meletakkan Infantino sebaris dengan beberapa atlet paling mahal dunia.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland, misalnya mampu memperoleh sekitar 45.5 juta pound (RM250.7 juta) setahun termasuk bonus berdasarkan kontraknya.

Juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton pula menerima gaji sekitar AS$60 juta (RM245.5 juta) setahun bersama Ferrari.

Kegagalan cadangan FFE kini menyaksikan Infantino berdepan tekanan hebat daripada ahli-ahli FIFA.

Presiden badan induk bola sepak dunia itu dijangka berdepan desakan supaya meletakkan jawatan pada mesyuarat Majlis FIFA selepas terpaksa menarik balik projek kontroversi berkenaan susulan bantahan meluas daripada komuniti bola sepak dunia.

Related Posts

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

REKOD sempurna Arsenal dalam semua pertandingan musim ini akhirnya lebur apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibelasah Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex, malam tadi. Skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

HARRY Kane meledak dua gol ketika Bayern Munich membelasah Union Berlin 7-0, awal pagi tadi, sekali gus menjadi pemain terpantas mencapai 100 gol dalam Bundesliga. Kane menjaringkan gol ke-100 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik