Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

SEMPORNA – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah lebih 329 kilogram (kg) dengan anggaran rampasan keseluruhan bernilai hampir RM18 juta dalam dua operasi berasingan di Tawau dan Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, rampasan pertama membabitkan syabu seberat 254.35kg menerusi serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini, 13 Julai lalu.

“Serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan IPD Kunak hasil risikan yang dijalankan pihaknya.

“Pemeriksaan terhadap sebuah van Toyota Hiace di lokasi berkenaan membawa kepada penemuan 24 beg pakaian yang mengandungi 254.35kg syabu,” katanya dalam sidang media, di Semporna.


Menurut Jauteh, dua individu yang juga pasangan suami isteri kemudian ditahan manakala seorang lagi individu kini dikehendaki polis bagi membantu siasatan.

Katanya, rampasan 254.35kg syabu itu dianggarkan boleh menampung sehingga 726,714 kali penggunaan.

“Kita percaya dadah berkenaan mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa dan dipercayai akan diseludup keluar dari Sabah selain mempunyai kaitan dengan kawasan Segi Tiga Emas membabitkan Myanmar, Thailand dan Laos.

“Berdasarkan hasil soal siasat, kita mengesyaki dadah itu masuk ke Sabah melalui laluan sempadan Sipitang, ” jelasnya.

Sementara itu, rampasan kedua merupakan dadah seberat 74.886kg yang ditemukan dalam sebuah Proton Saga di Jalan Tun Hamdan, Tawau, kira-kira pukul 10.30 malam, pada 12 Julai lepas.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan empat beg iaitu beg sukan golf dan sebuah beg hitam yang mengandungi dadah seberat 74.886 kilogram.

“Empat individu masing-masing dua perempuan dan dua lelaki berumur 20 hingga 40 tahun kemudian ditahan.

“Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing mereka didapati negatif dadah,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Jauteh berkata, JSJN Sabah sudah melancarkan 12 operasi Op Bayu sejak Januari hingga 30 Julai lalu, dengan hampir empat tan dadah dirampas sepanjang tempoh berkenaan.

“Bagi Op Bayu 1 hingga Op Bayu 9, semua suspek terbabit sudah dituduh di mahkamah.

“Op Bayu 10, 11 dan 12 pula, semua suspek masih dalam siasatan dan akan dituduh di mahkamah selepas siasatan dilengkapkan,” jelasnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok