Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

IPOH – Bangunan Kanak-kanak, Wanita dan Kardiologi (KWKK) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bermandikan cahaya keemasan sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 sebagai simbol komitmen berterusan hospital itu dalam memperkasakan budaya penyusuan susu ibu serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingannya.

Inisiatif yang berlangsung sepanjang minggu sambutan itu bukan sahaja bertujuan menyebarluaskan manfaat penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu, malah menjadi penghargaan kepada pengorbanan golongan ibu yang komited memberikan nutrisi terbaik kepada anak sejak hari pertama kelahiran.

HRPB dalam satu kenyataan memaklumkan, susu ibu diibaratkan sebagai “cecair emas” (liquid gold) kerana mengandungi nutrisi lengkap, antibodi serta perlindungan imuniti yang penting dalam menyokong tumbesaran dan perkembangan optimum bayi.

Menurut kenyataan itu, kejayaan penyusuan susu ibu bukan bergantung kepada usaha ibu semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan padu daripada pasangan, ahli keluarga, rakan sekerja dan seluruh masyarakat bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk ibu meneruskan penyusuan dengan yakin dan selesa.

“Di sebalik setiap penyusuan, ada kesabaran, pengorbanan dan kasih sayang yang mengalir tanpa henti. Setiap ibu berhak menerima sokongan dalam usaha memberikan permulaan terbaik kepada anak-anak mereka.

“Sebagai Hospital Rakan Bayi, HRPB komited untuk terus menyokong perjalanan penyusuan susu ibu kerana kami percaya dengan sokongan yang berterusan, setiap ibu mampu melalui perjalanan ini dengan lebih yakin dan bermakna,” menurut kenyataan itu.

Bagi menyemarakkan sambutan, Jawatankuasa Minggu Penyusuan Susu Ibu HRPB akan menganjurkan Majlis Perasmian Minggu Penyusuan Susu Ibu pada 11 Ogos ini, bermula jam 7 pagi hingga 3 petang di Ruang Legar RMC, Tingkat 4, Bangunan KWKK.

Program itu dijangka menghimpunkan warga HRPB dan orang ramai menerusi pelbagai pengisian yang bertujuan memperkukuh amalan penyusuan susu ibu serta meningkatkan kefahaman mengenai manfaatnya terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Dalam pada itu, HRPB turut mengajak masyarakat bersama-sama menghargai pengorbanan ibu penyusu dengan menzahirkan sokongan melalui ucapan, doa dan kata-kata semangat sebagai tanda penghormatan kepada insan yang memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi sihat pada masa depan.

“Di sebalik setiap anak yang membesar dengan sihat, ada kasih seorang ibu yang tidak pernah berbelah bahagi,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET