Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

MUKAH – Seramai 15 penduduk Kampung Teh, di sini berpeluang mempelajari teknik inovatif menghasilkan sabun mesra alam menggunakan minyak terpakai.

Program perkongsian ilmu tersebut dijayakan menerusi penganjuran Bengkel SDG: Eco Enzyme dan Sabun Eco dengan bimbingan tiga pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pengisian Karnival Sarawakku Membaca Bersama Pemimpin Sarawak Siri Lapan anjuran Pustaka Negeri Sarawak.

Menurut kenyataan rasmi UNIMAS, sesi latihan yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang di Dewan Serbaguna Kampung Teh itu dikendalikan oleh Dr Ain Nadirah Romainor dan Dr Mugunthan Perumal.

Kedua-dua mereka merupakan pakar akademik dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS.

Turut menggembleng tenaga dalam menjayakan bengkel pemindahan ilmu tersebut ialah pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Dr Faizan Iza Zainuddin.

Dalam pada itu, karnival berkenaan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik berteraskan galakan membaca dan pembudayaan ilmu untuk segenap lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak hingga warga emas.

“Program bermanfaat lain turut mengetengahkan aktiviti yang dapat mencungkil kreativiti, mengasah kemahiran seni dan kraf tangan, serta meningkatkan pemahaman komuniti mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” jelas kenyataan itu.

Suasana karnival sehari itu dimeriahkan lagi dengan penyertaan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Antaranya, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Sarawak Forestry Corporation (SFC), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Turut mengambil bahagian membuka reruai pameran ialah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), serta beberapa agensi lain.

Pihak UNIMAS menzahirkan penghargaan atas kerjasama strategik bersama Pustaka Negeri Sarawak dalam usaha memperluas pendidikan kelestarian alam terus ke peringkat akar umbi.

Universiti itu komited untuk terus berkolaborasi dengan mana-mana agensi bagi menyokong penuh agenda SDG di Sarawak menggunakan kepakaran yang dimiliki.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia