Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

SERI MENANTI – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Istiadat mengangkat sumpah dan memegang jawatan itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Ismail, 67, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dipilih menerajui pentadbiran negeri selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada PRN yang berlangsung semalam.

Keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN meraih 18 kerusi DUN, manakala PN memenangi tujuh kerusi, sekali gus membolehkan kedua-dua gabungan membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Pelantikan Ismail menandakan bermulanya pentadbiran baharu Negeri Sembilan di bawah kerjasama BN dan PN bagi penggal 2026–2031.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia