Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

TAWAU – Kerajaan negeri akan mempergiatkan inisiatif, program dan acara berimpak tinggi bagi menarik lebih ramai pelancong luar negara ke Sabah seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 serta Tahun Melawat Sabah 2027.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan juga akan terus menyokong dan membantu pertubuhan etnik dalam usaha menjaga hal ehwal adat istiadat, seni dan budaya masing-masing si negeri ini.

“Kita akan menganjurkan lebih banyak promosi termasuklah pelancongan berasaskan komuniti serta pengukuhan kempen pemasaran digital bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

“Festival kebudayaan seperti ini adalah salah satu platform untuk membantu usaha ini,” katanya selepas menyempurnakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) kali ke-11, pada Sabtu.

Menurut Hajiji, kehadiran peserta daripada beberapa negara luar selain dari dalam negara untuk menyertai Festival mampu mengukuhkan lagi peranan Tawau sebagai sebuah bandar sempadan yang kaya dengan jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau.

Katanya, ini sekali gus membuktikan FKAT ada kelasnya yang tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian meluas di peringkat nasional

“Keunikan budaya yang kita miliki inilah kekuatan kita dan festival ini bukan sahaja memperlihatkan keunikan citra masyarakat kita, tetapi juga menjadi simbol perpaduan kukuh rakyat berbilang etnik di negeri ini.

“Keunikan inilah yang menjadi tarikan peserta dari negara luar antaranya Kazakhstan,Uzbekistan, Kemboja dan Indonesia untuk menyertai festival ini.

“Sudah pasti ini akan memperkukuh peranan daerah Tawau sebagai salah satu destinasi pelancongan budaya yang dinamik, makmur, serta sentiasa mendapat tempat di hati para pelawat dari seluruh negara mahu pun pelancong antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji berpendapat FKAT mampu menjadi platform besar untuk mengetengahkan khazanah budaya rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Budaya bukan sekadar khazanah sejarah, tetapi juga aset yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.

“Saya yakin festival ini mampu membawa impak besar ke atas sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di Tawau.

“Antaranya limpahan rezeki kepada usahawan, pengusaha inap desa atau homestay, penggiat seni dan peniaga kecil sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat,” jelasnya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX