Tekong agresif rempuh bot Maritim empat kali, 41 PATI ditahan

LUMUT – Cubaan menyeludup masuk 41 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ke negara ini terbongkar selepas sebuah vesel nelayan asing bertindak agresif dengan merempuh bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebanyak empat kali dalam kejadian di perairan Teluk Senangin, berhampiran Batu Malang, awal pagi Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, operasi pada kira-kira jam 12.40 pagi itu digerakkan selepas pihaknya menerima maklumat awam menerusi talian kecemasan 999 berhubung pergerakan vesel berkenaan.

Menurutnya, bot ronda Maritim Malaysia kemudiannya diatur gerak ke lokasi sebelum mengesan dan cuba memintas vesel terbabit.

“Semasa operasi dijalankan, tekong vesel bertindak agresif dengan cuba melarikan diri serta melakukan beberapa manuver berbahaya bagi mengelakkan daripada ditahan.

“Vesel tersebut turut merempuh bot ronda Maritim Malaysia sebanyak empat kali sehingga mengancam keselamatan anggota yang sedang melaksanakan tugas penguatkuasaan,” katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.

Susulan tindakan berbahaya itu, sebuah kapal ronda Maritim Malaysia turut diatur gerak sebagai aset sokongan bagi memastikan keselamatan anggota selain menghalang vesel berkenaan daripada meloloskan diri.

Hasil tindakan pantas, profesional dan terkawal, vesel terbabit berjaya dipintas, disekat sebelum ditahan sepenuhnya pada jam 3.35 pagi.

Pemeriksaan mendapati vesel itu membawa 41 PATI warga Indonesia membabitkan 29 lelaki dan 12 wanita berusia antara 21 hingga 57 tahun, yang disyaki memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Kesemua tahanan bersama vesel berkenaan kemudiannya diiring ke Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Perak untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan migran.

Mohamad Shukri berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menceroboh perairan negara, termasuk tindakan agresif yang boleh mengancam keselamatan anggota penguat kuasa.

Katanya, pihaknya akan terus memperkukuh aspek rondaan, risikan dan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan anggota Maritim Malaysia sepanjang operasi berkenaan.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX