Wira muda CLKN 504 teruja mulakan latihan medan

PADANG BESAR – Setelah lebih dua minggu menjalani latihan di dalam kem, lebih 100 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 teruja mengikuti latihan medan pertama mereka di FELDA Chuping, di sini kelmarin.

Semangat dan keterujaan jelas terpancar pada wajah para pelatih ketika mengikuti modul latihan pandu arah yang dijalankan di kawasan ladang kelapa sawit.

Pelatih Kompeni Alpha, Nur Aziera Namisha Muhamad Sobri berkata, latihan tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran membaca peta, menentukan kedudukan dan menggunakan kompas dengan betul.

“Jika berada di kawasan hutan atau lokasi yang tidak dikenali dan kami tersesat, latihan ini membantu kami menggunakan peta dan kompas untuk menentukan arah perjalanan,” katanya ringkas.

Tinjauan mendapati pelatih terpaksa meredah kawasan ladang kelapa sawit yang mencabar bagi seorang wanita muda namun segala pergerakan mereka sentiasa dipantau rapat jurulatih yang amat mementingkan faktor keselamatan

Sementara itu, Komandan Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 504, Mejar Sukri Ibrahim berkata, latihan pandu arah menguji keupayaan pelatih bergerak ke lokasi yang ditetapkan dengan berpandukan peta dan kompas.

Menurutnya, pelatih bergerak secara berkumpulan dan perlu melalui setiap pusat pemeriksaan (checkpoint) yang telah ditetapkan sepanjang laluan latihan.

“Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelatih menggunakan peta dan kompas sebagai panduan arah ketika berada di kawasan hutan atau ladang,” katanya.

Beliau berkata, selain latihan pandu arah, pelatih turut akan mengikuti modul latihan medan lain sseperti ‘abseiling’ dan ‘rappelling’, merentas halangan serta beberapa aktiviti lasak yang dirangka bagi membentuk jati diri, disiplin serta meningkatkan ketahanan fizikal dan mental pelatih PLKN.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana