Rapid KL lanjut tempoh perkhidmatan percuma LRT3 sehingga 14 Ogos

SHAH ALAM – Rapid KL mengumumkan tempoh perkhidmatan percuma bagi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam dilanjutkan sehingga 14 Ogos ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis, Rapid KL memaklumkan lanjutan itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna membiasakan diri dengan sistem pengangkutan awam baharu yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

“Sepanjang tempoh lanjutan itu, orang ramai boleh menikmati perjalanan secara percuma menggunakan perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam, termasuk bas perantara serta kemudahan Park N’ Ride di stesen-stesen yang terlibat.

“Ia sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan utama perjalanan harian,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pengguna juga disaran merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi semua garis panduan keselamatan bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma LRT3 kepada semua penumpang bermula 29 Jun hingga 31 Julai sempena pelancaran rasmi Laluan Shah Alam di Depoh LRT Johan Setia, Klang.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera