Keamanan negara hari ini lahir daripada pengorbanan pahlawan – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keamanan dan kedaulatan yang dinikmati Malaysia hari ini lahir daripada keberanian, kesetiaan serta pengorbanan para pahlawan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara.

Beliau berkata, jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan keselamatan akan terus terpahat dalam ingatan rakyat dan menjadi amanah kepada seluruh rakyat untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Saya dan Azizah menghadiri Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, persembahan pantomim Darah Pahlawan Ulu Legong pada istiadat berkenaan memberi kesan mendalam apabila mengimbau keberanian tujuh anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Ulu Legong, Baling, Kedah pada 29 Oktober 1981.

Beliau berkata, kisah perjuangan itu menjadi peringatan bahawa keamanan negara tidak diperoleh dengan mudah, sebaliknya dibayar dengan pengorbanan dan keberanian wira-wira negara.

Dalam majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada Prebet Md Said Adam yang terselamat dalam insiden berkenaan, Pegawai Pemerintah 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD), Leftenan Kolonel Hamzah Othman, serta waris anggota keselamatan yang terlibat.

“Sesungguhnya, keamanan yang kita nikmati hari ini bukan hadir dengan mudah, tetapi lahir daripada keberanian, kesetiaan dan pengorbanan para pahlawan negara. Jasa mereka akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amanah untuk kita mempertahankan kedaulatan tanah air,” katanya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga ATM dan pasukan keselamatan yang terus berkhidmat menjaga keamanan negara.

Beliau mendoakan agar Allah SWT merahmati roh para pahlawan yang telah gugur, mengurniakan kekuatan kepada anggota keselamatan yang terus berbakti serta memelihara Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.

“Selamat Hari Pahlawan 2026,” katanya.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap